Sunday, February 26, 2017

Alhamdulillah..syukur tak terhingga kepada Allah swt pemilik segalanya.Dengan izin dan limpah kurnianya sesuatu yg seakan jauh dan hanya sekadar impian dapat menjadi kenyataan dengan sekelip mata..tiba-tiba lambaian kaabah melambai sekali lagi..labbaikallah hummalabbaikk...panggilan haji bergema memanggil dari kejauhan,,,ya Allah aku datang sekali lagi ke rumah mu bersujud penuh kehinaan dan kekurangan memohon di ampun kan segala dosa-dosa ku...
Mabitdi Mina ..sikap tolak ansur dan sabar yg tinggi perlu ada semasa di sini

semua keletihan selepas bertolak dari arafah dan berhenti sekejap mengutip batu utk ke Mina

pengalaman tak dapat dilupakan....disini tiada istilah keselesaan 

perkara biasa ialah bersesak terutama utk melontar di jamrah

Alhamdulillah punyai sahabat yg baik  

segalanya indah di sini

madinah al munawarah...selamanya hatiku mengingati mu sentiasa

Add caption

masa cepat berlalu...alangkah indah jika aku dapat disemadikan di sini

Rutin haji akan jadi mudah jika kita pandai mengatur masa

Padang Arafah disinilah semua DOA dimakbulkan

tiada perkataan yg dapat digambarkan

setiap waktu perbanyakkan tawaf sunat dan berada hampir dengan kaabah

aku ingin lagi kesini,,ya Allah 

Ho chi min 01-04.03.2017

Memang sudah terlalu lama tidak kemaskini blog,bukanlah sibuk sangat tetapi disebabkan masa yg semakin terhad.Difikirkan semula elok juga perjalanan percutian dan pengalamannya dapat dirakamkan serta disimpan sebagai kenangan.
Buat permulaan elok juga gambar perjalanan ke Medan, Bandung, Banda Acheh,Padang Bukit Tinggi dapat di simpan dalam blog untuk kenangan kemudian hari.Untuk Journey yg dah lepas maybe lepas-lepas ni bila ada kelapangan saja lah nanti aku update...for now tumpu utk journey ke Ho Chi Minh on 1/3/2017 - 4/3/2017... harap semua pengalaman dapat di catat dengan sempurna.

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.Berbagai peristiwa berlaku baik dari segi politik dan nasional.Kemalangan juga semakin meningkat pada setiap tahun di musim perayaan seakan tiada kesan daripada semua kempen kesedaran yang dilakukan.Pilihanraya kecil Bagan Pinang juga menjadi medan penentu kepada TSN samada mahu meletakkan seorang yang telah didapati bersalah dalam politik wang menjadi calon wakil rakyat dikala banyak suara menentangnya.

Sunday, September 6, 2009

Realitinya bukan Melayu semakin berani


Disebabkan UMNO kalah terok dan Barisan Nasional tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen sudah jelas sekali pada waktu ini bahawa bukan melayu terutamanya kaum cina dan india telah mula menunjukkan penentangan kepada hak keistimewaan melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak lagi diendahkan.Sifat kurang ajar dan biadap semakin terserlah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik pembangkang apabila mula berani mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi pemimpin terdahulu,diburukkan lagi apabila terdapat segelintir bangsa melayu sendiri yang menyokong kepada gerakan tersebut.Sekiranya UMNO tewas maka kesannya nanti seluruh bangsa melayu menerima kesan akibat permainan politik tidak cerdik bangsa melayu sendiri.Realitinya PAS jika menang hanyalah cuma penumpang kepada pakatan DAP/PKR dan bukan menjadi tunjang membuat dasar kepada pakatan tersebut seperti peranan UMNO didalam Barisan Nasional.Bangsa Melayu akan ditindas dan tidak akan dapat bangkit lagi.Inilah senario yang akan berlaku jika Pakatan pembangkang menang pada PRU nanti,malangnya ramai melayu PAS/PKR tidak dapat membuat penilaian waras percaturan politik yang sedang dimainkan oleh pemimpin pembangkang cina dan india untuk menguasai politik dan ekonomi Malaysia.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan bulan penuh keberkatan

Selamat menjalankan ibadah puasa dan bersyukurlah kita pada Allah S.W.T kerana telah diberi satu lagi peluang untuk memperbaiki lagi diri menjadi insan yang lebih baik di bulan yang mulia ini.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Pengantin Baru



Hari yang indah bagai cepat berlalu
pahit manis hidup ditempuhi dengan tabah
Dulu seorang kini berdua mengharungi hari mendatang
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hingga ke anak cucu

Tuesday, August 18, 2009

Lakonan seorang Hero tamil di Permatang pasir


Ketika SPR dan pihak polis mencari pelbagai cara untuk menjadikan proses pilihanraya menjadi lebih aman dan tenteram,tindakan oleh ahli parlimen PKR Gobalakrishnan mencetuskan provokasi dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa mendatangkan pelbagai tandatanya apakah motif sebenar tindakan beliau.Apakah tindakan melanggar undang-undang semakin menjadi trend dan diberi lampu hijau oleh pemimpin PAS/DAP/PKR untuk dipraktikkan oleh pengikutnya?.Sikap untuk menghormati pihak Polis langsung tidak amalkan oleh mereka .Jikalau beginilah keadaanya maka tidak hairanlah Malaysia akan berada diambang malapetaka besar sekiranya ditakdirkan mereka dapat memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

About Me and My Family