Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.Berbagai peristiwa berlaku baik dari segi politik dan nasional.Kemalangan juga semakin meningkat pada setiap tahun di musim perayaan seakan tiada kesan daripada semua kempen kesedaran yang dilakukan.Pilihanraya kecil Bagan Pinang juga menjadi medan penentu kepada TSN samada mahu meletakkan seorang yang telah didapati bersalah dalam politik wang menjadi calon wakil rakyat dikala banyak suara menentangnya.

Sunday, September 6, 2009

Realitinya bukan Melayu semakin berani


Disebabkan UMNO kalah terok dan Barisan Nasional tidak mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen sudah jelas sekali pada waktu ini bahawa bukan melayu terutamanya kaum cina dan india telah mula menunjukkan penentangan kepada hak keistimewaan melayu serta kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak lagi diendahkan.Sifat kurang ajar dan biadap semakin terserlah ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik pembangkang apabila mula berani mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh generasi pemimpin terdahulu,diburukkan lagi apabila terdapat segelintir bangsa melayu sendiri yang menyokong kepada gerakan tersebut.Sekiranya UMNO tewas maka kesannya nanti seluruh bangsa melayu menerima kesan akibat permainan politik tidak cerdik bangsa melayu sendiri.Realitinya PAS jika menang hanyalah cuma penumpang kepada pakatan DAP/PKR dan bukan menjadi tunjang membuat dasar kepada pakatan tersebut seperti peranan UMNO didalam Barisan Nasional.Bangsa Melayu akan ditindas dan tidak akan dapat bangkit lagi.Inilah senario yang akan berlaku jika Pakatan pembangkang menang pada PRU nanti,malangnya ramai melayu PAS/PKR tidak dapat membuat penilaian waras percaturan politik yang sedang dimainkan oleh pemimpin pembangkang cina dan india untuk menguasai politik dan ekonomi Malaysia.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan bulan penuh keberkatan

Selamat menjalankan ibadah puasa dan bersyukurlah kita pada Allah S.W.T kerana telah diberi satu lagi peluang untuk memperbaiki lagi diri menjadi insan yang lebih baik di bulan yang mulia ini.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Pengantin Baru



Hari yang indah bagai cepat berlalu
pahit manis hidup ditempuhi dengan tabah
Dulu seorang kini berdua mengharungi hari mendatang
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki hingga ke anak cucu

Tuesday, August 18, 2009

Lakonan seorang Hero tamil di Permatang pasir


Ketika SPR dan pihak polis mencari pelbagai cara untuk menjadikan proses pilihanraya menjadi lebih aman dan tenteram,tindakan oleh ahli parlimen PKR Gobalakrishnan mencetuskan provokasi dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa mendatangkan pelbagai tandatanya apakah motif sebenar tindakan beliau.Apakah tindakan melanggar undang-undang semakin menjadi trend dan diberi lampu hijau oleh pemimpin PAS/DAP/PKR untuk dipraktikkan oleh pengikutnya?.Sikap untuk menghormati pihak Polis langsung tidak amalkan oleh mereka .Jikalau beginilah keadaanya maka tidak hairanlah Malaysia akan berada diambang malapetaka besar sekiranya ditakdirkan mereka dapat memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Sunday, August 16, 2009

Bangsa Melayu semakin lemah akibat perpecahan


Adakah bangsa melayu yang berpecah kepada dua parti iaitu PAS dan UMNO tidak lagi dapat bersatu.Meskipun menyembah tuhan yang satu Allah s.w.t,Malang sekali apabila akibat terlalu mengutamakan matlamat untuk berkuasa telah mengorbankan kekuatan bangsa melayu islam.Dasar dan pegangan yang dipertahankan selama ini boleh diketepikan, dan PAS tidak dapat menafikan lagi kenyataan bahawa kini mereka telah rela berkongsi dengan mana-mana pihak demi untuk menjahanamkan UMNO,walaupun mereka sedar dengan berbuat demikian bangsa melayu jugalah akan menerima kesan yang amat dahsyat.Idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Hj.Hadi telah terkubur akibat tekanan daripada rakan pakatannya.Apakah bangsa melayu PAS majoritinya terdiri daripada manusia yang tidak memikirkan lagi survival bangsa?.Sesungguhnya inilah akibatnya apabila ISLAM telah digunapakai dalam mencapai matlamat parti sehinggakan lahirnya pengikut fanatik yang tidak lagi dapat berfikiran secara waras dan bebas.Sepatutnya cara berpolitik bangsa cina dan india perlu dicontohi oleh orang melayu,iaitu mana-mana pihak yang cuba menyentuh kepentingan bangsa seperti agama,pendidikan dan kebudayaan dipertahankan bermati-matian tanpa mengira fahaman politik.Adakah masih punya harapan wahai bangsaku untuk kita bersatu?

Saturday, August 15, 2009

Industri Padiberas negara


Keputusan kerajaan mengkaji semula fungsi yang dimainkan oleh BERNAS adalah amat bertepatan dengan keadaan semasa.Arkitek yang merancang mengswastakan LPN ialah Datuk Sri Anuar Ibrahim selaku Tim.Perdana Menteri semasa dibawah pentadbiran Tun Dr.Mahathir pada Januari 1996,beliau telah menukarkan entiti LPN kepada BERNAS dibawah dasar pengswastaan dengan membuat pembentangan rasional tindakannya tersebut di Parlimen.Tetapi bak kata pepatah melayu "Ada udang disebalik batu",tindakan oleh beliau sebenarnya mempunyai berbagai maksud yang tersirat. Namun kini beliau dengan lantang telah mengkritik dan mencemuh pula tindakan serta peranan yang dimainkan oleh pihak BERNAS.Sebagai sebuah syarikat yang sahamnya didagangkan dipapan utama bursa saham Malaysia,sahamnya terdedah dan bebas kepada aktiviti dagangan pasaran.Rasional sebagai sebuah syarikat swasta yang bertunjangkan keuntungan sebagai misi utamanya disamping mengimbangi tanggungjawab sosial kepada masyarakat telah menyukarkan lagi BERNAS membuat pilihan yang tepat serta sesuai dalam memenuhi kehendak yang menyenangkan semua pihak.Kemasukan ramai ahli korporat yang mempunyai agenda tersendiri kedalam pengurusan tertinggi BERNAS serta proksi daripada berbagai pihak yang berkepentingan menyukarkan lagi kedudukan syarikat menetapkan halatuju yang jelas.Monopoli lesen import beras yang dimiliki oleh BERNAS juga menjadi faktor utama mengapa berbagai isu ditimbulkan untuk menjustifikasikan tindakan supaya kerajaan membuat penilaian semula dan memecahkan monopoli tersebut untuk kepentingan sesetengah pihak.Kini persoalannya ,adakah BERNAS telah berjaya membela nasib petani dan pengguna keseluruhannya.Adakah BERNAS mampu dan berdayasaing untuk terus bersaing dengan pemain lain dalam industri ini.Sememangnya masih terdapat banyak kelemahan yang harus diperbaiki oleh pihak BERNAS dalam menyakinkan masyarakat terhadap prestasinya.Rintihan warga kerja BERNAS untuk mendapat penilaian semula semakan gaji juga masih belum menemui jalan penyelesaian dan secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak puashati bukan saja daripada pihak luar tetapi juga daripada anggota dalaman syarikat itu sendiri.

Thursday, August 13, 2009

Selalu di ingatan.


Biar hidup berkat dan dirahmati.......
Biar hidup sederhana asalkan Bahagia dan gembira......
Keazaman untuk melakukan perubahan sentiasa dihati......
Jangan putus asa dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah s.w.t.......
Sentiasa mengingati bahawa saat kematian semakin hampir.......

About Me and My Family