
Keputusan kerajaan mengkaji semula fungsi yang dimainkan oleh BERNAS adalah amat bertepatan dengan keadaan semasa.Arkitek yang merancang mengswastakan LPN ialah Datuk Sri Anuar Ibrahim selaku Tim.Perdana Menteri semasa dibawah pentadbiran Tun Dr.Mahathir pada Januari 1996,beliau telah menukarkan entiti LPN kepada BERNAS dibawah dasar pengswastaan dengan membuat pembentangan rasional tindakannya tersebut di Parlimen.Tetapi bak kata pepatah melayu "Ada udang disebalik batu",tindakan oleh beliau sebenarnya mempunyai berbagai maksud yang tersirat. Namun kini beliau dengan lantang telah mengkritik dan mencemuh pula tindakan serta peranan yang dimainkan oleh pihak BERNAS.Sebagai sebuah syarikat yang sahamnya didagangkan dipapan utama bursa saham Malaysia,sahamnya terdedah dan bebas kepada aktiviti dagangan pasaran.Rasional sebagai sebuah syarikat swasta yang bertunjangkan keuntungan sebagai misi utamanya disamping mengimbangi tanggungjawab sosial kepada masyarakat telah menyukarkan lagi BERNAS membuat pilihan yang tepat serta sesuai dalam memenuhi kehendak yang menyenangkan semua pihak.Kemasukan ramai ahli korporat yang mempunyai agenda tersendiri kedalam pengurusan tertinggi BERNAS serta proksi daripada berbagai pihak yang berkepentingan menyukarkan lagi kedudukan syarikat menetapkan halatuju yang jelas.Monopoli lesen import beras yang dimiliki oleh BERNAS juga menjadi faktor utama mengapa berbagai isu ditimbulkan untuk menjustifikasikan tindakan supaya kerajaan membuat penilaian semula dan memecahkan monopoli tersebut untuk kepentingan sesetengah pihak.Kini persoalannya ,adakah BERNAS telah berjaya membela nasib petani dan pengguna keseluruhannya.Adakah BERNAS mampu dan berdayasaing untuk terus bersaing dengan pemain lain dalam industri ini.Sememangnya masih terdapat banyak kelemahan yang harus diperbaiki oleh pihak BERNAS dalam menyakinkan masyarakat terhadap prestasinya.Rintihan warga kerja BERNAS untuk mendapat penilaian semula semakan gaji juga masih belum menemui jalan penyelesaian dan secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak puashati bukan saja daripada pihak luar tetapi juga daripada anggota dalaman syarikat itu sendiri.
No comments:
Post a Comment